Khamis, 9 Ogos 2012

ARRAHNU @ POS MALAYSIA

Selepas Arrahnu Agrobank mengeluarkan peraturan baru yang menyusahkan pengadai emas (yang tidak cukup ilmu sebelum merempit)
Kerjasama antara Bank Muamat dan Pos Malaysia mungkin boleh menjadi alternatif kepada mereka. Tapi ingat, merempit ada tujuan. Jangan belanja ikut suka tanpa perancangan .



Khamis, 19 Julai 2012

JANGAN SAMPAI TERJERAT

HATI-HATI BILA MEMBUAT PELABURAN ANDA.

Silap labur , duit hangus terbakar. Kalau beli emas pastikan dapat emas fizikal dan plan pemasarannya mematuhi syariah.

Based on information received by BNM, below is the list of known companies and websites which are not authorised nor approved under the relevant laws and regulations administered by BNM:

Sila KLIK untuk senarai lengkap.

Khamis, 12 Julai 2012


Fatwa Pelaburan Emas




sumber http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-jual-beli-dan-pelaburan-emas-yang-dijalankan-oleh-syarikat-genneva-malaysia-s

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1.Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.

2.Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.

3.Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

Catatan Popular