Unsur Penipuan Di Dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian Yang Di Anjurkan Oleh Syarikat Swasta Dan Individu Tertentu.
Kes-kes penipuan ini melibatkan penanaman serai, penternakan cacing, lintah, ikan keli dan burung walit. Syarikat-syarikat swasta ini akan memujuk orang ramai berdaftar sebagai ahli dengan mengenakan yuran keahlian yang tinggi disamping meminta ahli untuk membeli benih dan lain-lain input pertanian daripada syarikat berkenaan sebagai syarat utama menyertai skim pelaburan ini. Syarikat ini turut menjanjikan pembelian balik hasil pertanian dengan harga yang tinggi daripada pasaran. Kes-kes penipuan seperti ini telah pun dikesan di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pahang.
Sebagai langkah bagi mengawal kes-kes seperti ini orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan dalam projek pertanian yang dibuat oleh syarikat-syarikat swasta / individu-individu tertentu. Orang ramai digesa mendapatkan nasihat daripada pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi berkaitan terlebih dahulu. Di samping itu pegawai juga diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya memberi sokongan kepada syarikat-syarikat swasta yang ingin menganjurkan seminar atau latihan pertanian kepada orang ramai tanpa memeriksa kesahihan syarikat tersebut.
PETIKAN PENGUMUMAN DI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan