Rabu, 7 Mac 2012

GADDAFI, MINYAK, CHINA DAN EMAS

Apa hubungan minyak dan China dengan kematian Muammar Gadaffi?  Apa pula kaitannya dengan pasaran emas dunia?


Kematian Gadaffi sebenarnya telah lama dirancang Amerika Syarikat. Fail "mesti bunuh Gadaffi" telah ada di meja CIA semenjak tahun 70-an lagi.

Pada 5 April 1986, sebuah bom telah meletup di dalam sebuah kelab malam di Berlin. Tiga tentera Amerika gugur. Rumah Putih dibawah Commender In Chief ,Ronald Reagan ketika itu mengambil tindakan balas berdasarkan kenyataan saksi Mushad Eter dengan mengebom Libya pada 14 April. Sasaran pertama ialah rumah kediaman Gadaffi sendiri. Seramai 50 orang warga Libya gugur termasuk anak perempuan Gadaffi sendiri. Tapi Gaddafi terselamat.

Stesen televisyen Jerman ZDR yang menyiarkan program siasatan pada 28 Ogos 1998, didapati bahawa Mushad Eter ini ajen CIA. Dan orang yang bertanggungjawab meletakkan bom ke dalam kelab malam itu ialah Mahammed Aamir, seorang ajen Mossad dari Israel.

Dua tahun kemudian pesawat udara Pan Am Flight 103 meletup di Lockerbie pada 21 Disember 1988.  270 penumpang terbunuh. Ronald Reagan sekali lagi telah menuduh Gadaffi dan Libya sebagai dalangnya.Kerajaan British bawah Magaret Thatcher amat bersedia untuk mengikut telunjuk Ronald Reagan. Majlis Keselamatan PBB telah mengambil langkah membuat sekatan keatas Libya. Dua warga Libya Abdel Basset Al Megrahi dan Al Amin Khalifa telah ditangkap dan didapati bersalah. Tetapi kaum keluarga yang gugur merasa tidak puas hati dan mereka membuka kes ini sekali lagi.

Pada bulan Ogos 2005 ketua pendakwa raya mahkamah Scotland telah membuat kenyataan bahawa bukti baru telah ditemui. Bom jangka dalam kapalterbang tidak dipasang oleh warga Libya tetapi dipasang oleh ajen CIA. Saksi utama seorang penjual kain baju di Malta telah mengaku bahawa dia telah dibayar sebanyak 2 juta dolar oleh CIA untuk memberi keterangan palsu dan mengkaitkan Libya.


Libya ialah anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) - negara pengeluar minyak.Pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika.

Libya merupakan pengeksport minyak ke empat terbesar di Afrika  tetapi dipercayai mempunyai rizab minyak yang terbanyak di Afrika iaitu 44 billion barrel, dan para analisis bersetuju banyak lagi yang belum diterokai.Malangnya, banyak syarikat minyak antarabangsa tidak dibenarkan menjarah minyak di Libya.  Shell, BP, Cheveron, Esso atau Exxon tidak bebas untuk menjarah harta kekayaan negara Libya.

Libya bawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia kerana Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepalai Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah.

AFRICOM - Africa Command  diwujudkan pada tahun 2007. Ini adalah perjanjian ketenteraan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara Afrika. Amerika mahu 54 buah negara Afrika membuat perjanjian ketenteraan bawah AFRICOM. Gadaffi bukan sahaja tidak mahu menyertai AFRICOM malah telah menjalankan aktiviti melawan AFRICOM. Lembaga ini bercadang untuk menubuhkan satu bala tentera Afrika yang bersatu bawah perintah tentera Amerika. Peliknya,   ia beribu pejabat di Stuggart, Jerman!

Kuasa kolonial Eropah - Jerman, British, Itali, Perancis , Belanda, Belgium - semuanya ada memiliki tanah jajahan di Afrika.  Sikap penjajah habis madu ,sepah dibuang. Negara kolonial Barat telah meninggalkan Afrika tempang, mundur dan miskin. Afrika tidak lagi menjadi wilayah yang menarik untuk kaum kapitalis melabur seperti di Siam, Malaysia atau Korea. 

CHINA- KAPITALIS BARU

China,negara kapitalis yang baru bangun - tanpa segan silu telah masuk ke Afrika untuk melabur.

Libya menjadi bagitu penting untuk China kerana kedudukan Libya betul-betul di tengah-tengah benua Afrika. Di Selatan Libya terbentang padang pasir yang membuka benua Afrika manakala di utara ialah Laut Tengah. Ketika Libya diserang Nato ada lebih kurang 75 buah syarikat China dengan 36,000 tenaga kerja. Mereka sedang membina bangunan, lebuh raya dan mendirikan infrastruktur pembangunan.

Tiga syarikat minyak China - CNOC, Sinopec Group dan CNOOC beroperasi mencarigali di Libya. Ketika diserang oleh Nato, Libya membekalkan China 150,00 tong minyak sehari. Ini adalah 3 peratus dari keseluruhan keperluan China dan ia hanyalah 1/10 eksport minyak Libya. Secara nisbah Libya menjadi negara pembekal minyak yang amat penting untuk China.

Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kapitalis yang kedua terbesar di dunia sesudah Amerika Syarikat. Dalam tempoh 10-15 tahun mendatang, pakar ekonomi meramalkan kekuatan ekonomi Amerika akan diambil alih oleh ekonomi China. Kekuatan ekonomi Amerika Syarikat akan menjadi sejarah. Fakta ini diketahui oleh CIA, diketahui oleh Rumah Putih, diketahui oleh Israel. Apabila kuasa ekonomi merudum, bermakan kuasa politik akan merudum sama.

Dari aspek strategi ketenteraan , China adalah musuh Amerika. China dianggap berpotensi untuk bangun, malah berkemungkinan mengalahkan Amerika. Justeru dari awal lagi strategi ketenteraan Amerika ialah merancang untuk mengepong China. Amerika merancang untuk memastikan China tidak akan dapat membangunkan ekonominya secara terancang dan berkemungkinan menggugat ekonomi Amerika.


NEW WORLD CURRENCY ?

Walaupun Amerika Syarikat merupakan penyimpan emas fizikal terbesar di dunia, negara itu juga menanggung hutang sebanyak USD15 trillion dollar. Faktor ini menyebabkan nilai dollar Amerika Syarikat terus menyusut setiap tahun. Oleh kerana 80% negara di dunia berdagang menggunakan US Dollar sebagai matawang, kejatuhan dollar bermaksud lebih banyak dollar diperlukan untuk membeli sesuatu barangan. Umum mengetahui lebih banyak dollar di cetak melalui QE 1,QE II dan kemungkinan besar QE III akan mengakibatkan nilai dollar akan terus merudum.

Amerika juga berhutang dengan IMF, Bank Dunia dan bank-bank utama lain. Ini menyebabkan hutang Amerika berganda. Sukar untuk Amerika memulihkan kembali matawang kerana bebanan hutang ini

















Dollar , Euro 


Euro telah mula diterima oleh banyak negara sebagai reserve currency (mata wang simpanan) dunia, walaupun pada saat ini kekuatan pegangan mata wang dunia masih lagi dikuasai dolar AS.

Jika peperangan antara euro dan dolar AS ini berterusan, siapakah yang akan menang agaknya? Menurut gold-eagle.com, yang akan menang dalam pertembungan untuk menjadi sandaran mata wang dunia adalah euro.

Tetapi harus diingat bahawa euro adalah sistem mata wang yang sama dengan dolar AS iaitu sistem wang kertas yang dipaksa nilai ke atasnya oleh pemerintah.

Kekuatannya adalah disandarkan di atas kuasa permintaan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya. Malah, nilai euro bukan ditentukan oleh pemerintah tetapi oleh sebuah jawatankuasa yang diwakili individu dari negara Kesatuan Eropah yang sentiasa berubah-ubah.

Dua kenyataan penting boleh kita buat mengenai dua mata wang utama dunia ini – dolar AS dan euro selain ia ibarat dua permukaan wang syiling yang sama iaitu wang kertas yang berlainan wajah.

Pertama dolar AS yang beredar di muka bumi ini secara umumnya adalah wang hutang luar negara. Jika penggunaan euro meningkat dan dunia mula meninggalkan penggunaan dolar AS, maka akan berlakulah peristiwa di mana dolar AS akan pulang ke AS kerana permintaan dunia menyusut.


Euro telah mula diterima oleh banyak negara sebagai reserve currency (mata wang simpanan) dunia, walaupun pada saat ini kekuatan pegangan mata wang dunia masih lagi dikuasai dolar AS.

Jika peperangan antara euro dan dolar AS ini berterusan, siapakah yang akan menang agaknya? Menurut gold-eagle.com, yang akan menang dalam pertembungan untuk menjadi sandaran mata wang dunia adalah euro.

Tetapi harus diingat bahawa euro adalah sistem mata wang yang sama dengan dolar AS iaitu sistem wang kertas yang dipaksa nilai ke atasnya oleh pemerintah.

Kekuatannya adalah disandarkan di atas kuasa permintaan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya. Malah, nilai euro bukan ditentukan oleh pemerintah tetapi oleh sebuah jawatankuasa yang diwakili individu dari negara Kesatuan Eropah yang sentiasa berubah-ubah.

Dua kenyataan penting boleh kita buat mengenai dua mata wang utama dunia ini – dolar AS dan euro selain ia ibarat dua permukaan wang syiling yang sama iaitu wang kertas yang berlainan wajah.

Pertama dolar AS yang beredar di muka bumi ini secara umumnya adalah wang hutang luar negara. Jika penggunaan euro meningkat dan dunia mula meninggalkan penggunaan dolar AS, maka akan berlakulah peristiwa di mana dolar AS akan pulang ke AS kerana permintaan dunia menyusut.



SASARAN SETERUSNYA IRAN........

Tiada ulasan:

Catatan Popular