MELAYU- BANGSA AJAIB
Disebalik kegagahan dan kehebatan bangsa Melayu yang wilayah kesultanannya meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera, sejarah juga telah mencatatkan bahawa Melayu adalah satu satunya bangsa yang pernah dijajah sebanyak 7 kali .
MELAKA - DI SINI SEGALANYA BERMULA
Hanya 14 hari (10 Ogos 1511-
24 Ogos 1511) diperlukan oleh Alfonso
de Albuquerque untuk menghancurkan Tamadun Melayu Di Melaka yang
diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400-1403.
Operasi Mencuri Mayat Nabi Muhammad, 1513-1515
- Andrew James McGregor (2006). A Military History of Modern Egypt: From the Ottoman Conquest to the Ramadan War. Praeger Publishers. m/s. 20. ISBN 978-0-275-98601-8.
- Afonso de Albuquerque (1999). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India. Elibron Classics. ISBN 978-1-4021-9508-2.
Sultan terakhir ,Sultan Mahmud Shah menjadi
pelarian ke Bentan dan akhirnya mangkat di Kampar, Sumatera. Warisnya
Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564) membina Kerajaan baru Johor.
Melayu pun dijajah selama 130 tahun. Sepanjang masa
itu Melayu terus berperang sesama bangsa. Melayu Johor lawan Melayu Acheh
dengan bantuan bangsa yang menjajah bangsanya sendiri.
Ironinya, Kesultanan Johor kemudiannya bersekutu
dengan Belanda untuk menghalau Portugis pada tahun 1641. Perjanjian British
Belanda 1824 menyaksikan Melaka diperintah Syarikat Hindia Timur British.
Akhirnya seluruh Tanah Melayu menjadi jajahan takluk Empayar British.
Adakah kebetulan, selepas hilangnya Hang Tuah
yang pernah berguru dengan para Wali Allah (Wali Songo) dan matinya si Jebat
maka semakin lemahlah aura keperkasaan Melayu pada abad itu barulah bangsa
Portugis berani menjejak kali ke Tanah Melayu?
Atau dek perbalahan sesama Melayu Islam dan
kezaliman Raja kepada para Wali Allah maka berlaku bala kifaraat Allah hingga
hilangnya satu Kerajaan Islam di negeri yang tidak bersultan hingga sekarang?
Bagaimana dengan PEMBELOTAN, Komplot rampasan
kuasa ,pakatan ketenteran asing AKA Teori Kospirasi ? Panjang juga kalau cerita di sini. Pembaca
boleh search sendiri ye...
ATAU adakah kerana “Venice of The East” hanya bersenjatakan
keris, lembing dan parang semata?
Catatan pemgembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina membuktikan kerajaan
nusantara sekitar Kesultanan Melaka seperti Kesultanan Brunai, Kesultanan Sulu,
Kesultanan Pattani adalah pengeluar utama meriam meriam hebat dan berkuasa
tinggi pada zamannya.
APAKAH ADA UNTOLD STORY .
Takkan lah Parameswara belayar ke China hanya
menaiki sampan kecil? Gelaran Laksamana adalah kepada pemimpin armada tentera laut bukan sekumpulan
pelayar biasa. Selat Melaka saat itu satu laluan perdagangan yang sangat sibuk.
Mengawasi dan meronda kawasan yang sebesar dan seluas itu pasti menggunakan
kapal peronda perang yang lengkap.Bukan perahu yang digunakan nelayan menjaring
ikan.
Penakluk Kota Melaka , Alfonso mencatatkan
Portugis merampas 3000 pucuk meriam setelah Kota Melaka ditawan. Itupun hanya
separuh daripadanya.Maknanya ada 6000 pucuk meriam !
Tapi sejarah juga menulis....betapa kuatnya sifat
berfoya-foya Sultan Mahmud ketika itu, selain pilih kasih , mudah percaya
kepada fitnah dan melantik orang yang korup dan tidak berwibawa dalam
kerajaannya.
“ Dan sungguhnya Kami berikan cubaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan ,kekurangan harta,jiwa dan
buah-buahan.Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al
Baqarah 155)
Jatuhnya Melaka mungkin sepertimana jatuhnya
kerajaan Islam Uthmaniah.
Perjanjian Burney 1826- Siam Tuan kepada kerajaan Melayu Kedah
Datang pulak si Jepun 8 Disember 1941- 16 Ogos 1945, terpaksa pulak berdiri meghadap matahari dan menyanyi lagu Kimaigayo selama 3 tahun 8 bulan. Selain kena belajar bahasa Jepun Nippon-go dan tulisan jepun. Duit pun cap pisang Jepun.
Kruh kreh wah kruh krah kita kena angguk kepala
Jika tak angguk di akata korang bahasa
Kena penyepak dia dah sakit tak sangka
Zaman Jepun Melayu hilang jawatan perkeranian dan
jawatan jawatan rendah serta terpaksa menjadi penjual goreng pisang di
jalanan.
Kalau tidak kena terajang atau tamparan si Jepun
. Nasib la siapa yang kena balun kerana tiada siapa
berani menolong. Ada yang menelan sabun sampai perut kembong. Lantas terbongkok
bongkok meminta maaf dari si Jepun.
Kedah ,Perlis,Kelantan dan Terengganu pernah di serah kepada Siam tanda terima kasih Jepun.
Hebatnya orang siam bukan kerana kekuatan juga
bukan kerana panjang akalnya tetapi kerana liciknya mereka. Sedangkan Siam pernah
tertipu oleh geliganya akal Tun Perak . King Rama Khamkheng , Raja empayar
Budha Sukhothai pernah dipenggal lehernya oleh Cik Siti Wan Kembang .Lantas Siam
bersumpah berperang dengan Melayu sampai kiamat.
Bila Jepun kalah perang dek penangan bom atom ,
rakan perang British Parti Komunis Malaya
(PKM) sempat bermaharaja lela sementara selama 14 hari.
Setelah British kembali, mahu diturunkan Sekelian
Raja Melayu.Tandatangan dan kembali ke taraf kadi...Penghapusan
kedaulatan raja raja Melayu, menghakis Tamadun Melayu, kerakyatan terlalu
liberal... Syarat kewarganegaraan
dilonggarkan untuk menarik sokongan kaum Cina.Terima kasih Sir Harold
MacMichael.
Kronologi Penjajahan Tanah Melayu
1400an - Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu Melaka telah wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara berdasarkan kajian IKSEP)- 31 Mei 2010
1511 - Pemerintahan Portugis
1641 - Permerintahan Belanda
1824 - Pemerintahan British (Inggeris)
1941 - Pemerintahan Jepun
1945 - Jepun Menyerah Kalah - Pemerintahan British kembali.
1948-1960 - Darurat di Tanah Melayu (Komunis Menguasai Tanah Melayu)
31 Ogos 1957 - Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
16 September 1963 - Penubuhan Negara Malaysia
TAHUKAH ANDA SEORANG PANGLIMA MELAYU DARI MELAKA ADALAH ORANG PERTAMA YANG BELAYAR MENGELILINGI DUNIA?http://www.sabrizain.org/malaya/port3.htm
Nota :
2 ulasan:
Betul apa yg penulis cakap
Melayu tidak akan hilang didunia
Tun M....saja yg boleh jawap semua ni..
Catat Ulasan