Khamis, 12 Julai 2012


Fatwa Pelaburan Emas




sumber http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-jual-beli-dan-pelaburan-emas-yang-dijalankan-oleh-syarikat-genneva-malaysia-s

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1.Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.

2.Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.

3.Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

Isnin, 18 Jun 2012

RAHSIA BUSINESS ORANG CINA (1) - PAU AHMAD

BICARA SOAL MAKAN

jalan jalan cari makan
apa nampak semua nak ditelan
ambil berat halal dan haram
tanda anda seorang islam beriman


Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 168)

Isnin, 28 Mei 2012


KEKAYAAN MENURUT ISLAM

Lumrah manusiawi mengejar kekayaan sebagai cita cita. Samada bekerja sendiri atau bekerja dengan orang lain. Tapi kenapa mahu kaya?
Meski memilih hidup miskin, Rasulullah tak pernah membenci kekayaan dunia. Beliau berwasiat, ‘’Jangan kalian mencaci-maki dunia. Dia adalah sebaik-baik kendaraan. Dengannya orang dapat meraih kebaikan dan dapat selamat dari kejahatan.’’ (HR Ad-Dailami). Nabi pun menegaskan, sebaik-baik kekayaan adalah di tangan Muslim yang dermawan
Jika kita menyusuri sejarah para sahabat Nabi Muhammad S.A.W kita akan temui betapa pemurahnya mereka. Ramai sahabat Baginda merupakan jutawan yang saangat pemurah seperti Abdurrahman bin Auf. beliau merupakan sahabat yang nabi yang kaya raya atau hartawan namun sangat dermawan.
Beliau pernah menginfakkan sejumlah 40.000 dirham perak dan 40.000 dinar emas. Cuba kira nilai sekarang 1 dirham bersamaan RM25 dan 1 dinar emas bersamaan RM700.Pada perang Tabuk dia menyumbangkan 200 uqiyah emas, pada peperangan yang lain tercatat dia menyumbangkan 500 ekor kuda kepada para pejuang. la juga pernah menyediakan sejumlah 1.500 ekor unta sebagai kenderaan perang.
semoga kita sama sama mendapat manafaat daripada tips yang berguna ini.





Catatan Popular