KEKAYAAN MENURUT ISLAM
Lumrah manusiawi mengejar kekayaan sebagai cita cita. Samada bekerja sendiri atau bekerja dengan orang lain.
Tapi kenapa mahu kaya?
Meski memilih hidup miskin, Rasulullah tak pernah membenci
kekayaan dunia. Beliau berwasiat, ‘’Jangan kalian mencaci-maki dunia. Dia
adalah sebaik-baik kendaraan. Dengannya orang dapat meraih kebaikan dan dapat
selamat dari kejahatan.’’ (HR Ad-Dailami). Nabi pun menegaskan, sebaik-baik
kekayaan adalah di tangan Muslim yang dermawan
Jika kita menyusuri sejarah para sahabat Nabi Muhammad S.A.W kita akan temui betapa pemurahnya mereka. Ramai sahabat Baginda merupakan jutawan yang saangat pemurah seperti Abdurrahman bin Auf. beliau merupakan sahabat yang nabi yang
kaya raya atau hartawan namun sangat dermawan.
Beliau pernah menginfakkan sejumlah 40.000 dirham
perak dan 40.000 dinar emas. Cuba kira nilai sekarang 1 dirham bersamaan RM25 dan 1 dinar emas bersamaan RM700.Pada perang Tabuk
dia menyumbangkan 200 uqiyah emas, pada peperangan yang lain tercatat dia
menyumbangkan 500 ekor kuda kepada para pejuang. la juga pernah menyediakan
sejumlah 1.500 ekor unta sebagai kenderaan perang.
semoga kita sama sama mendapat manafaat daripada tips yang
berguna ini.
Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah
Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama:
IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak
payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke
dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk
kekayaaan ini?
DDFK :Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita
terlepas pandang. Ini daripada ulama’-ulama’ yang mentafsirkan dan orang ramai
tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah
‘umattan wasata’ ataupun kita ini adalah
umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan
cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.
Pertengahan itu dikatakan seperti ”ala, kalau kita mati
nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk
kubur”. Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana
yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi
S.A.W iaitu: “Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu
kerja dia membuat dengan cara yang terbaik “. Itu adalah soheh riwayat
al-Dailami.
Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang
kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita
lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?
Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama’-ulama’dan
ulama’ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan
seimbang iaitu ‘balance’. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia
dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu
maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita
perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak
boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya
seimbang.
Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan
betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan
jadi cemerlang dan tidak akan jadi ‘jumud’ atau terikat dengan tekanan dengan
kata-kata, ”Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran
yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak
kaya dengan cara yang Allah redha.
IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi
cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang,
pulangannya juga akan jadi cemerlang juga.
So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda
dengan berkata-kata ”buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur
pun…”, anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah Kamsah lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan