KISAH 1
TAKTIK BELEK RM100 AKU DAH TERKENA DAAAAAA
Walau aku sentiasa berhati hati, tapi kalau dah nak terkena kira dah bukan rezeki aku la hari tu.
Alkisah,baru baru ni aku baru keluarkan duit RM1000 di Alamada .Semua dalam note RM50. Masuk poket dan terus masuk kereta menuju ke KL.
Singgah di Office Plus Sg Besi, reload Touch & Go. Lupa nak buat kt ATM tadi.
Selesai , on the way ke kereta tiba tiba sebuah Toyota Camry plate pendaftaran Singapura berhenti di hadapan aku. Dlm kereta itu ada Tiga orang ( Arab lah) , Pemandunya seorang lelaki. Di sebelahnya seorang wanita .Ehemm bini dia la kot , sdng membaca buku. Kat belakang ada seorang budak perempuan , rasanya umur 5-6 tahun kot sedang bermain playstation (agaknyelah) .
Ringkas cerita dia meminta nak tukar duit Singapore Dollar ke RM katenya nak singgah makan dia tak de RM. Dia cakap boleh tak tengok nota RM50 .Entah camne aku boleh keluarkan semua nota RM50 yg berjumlah RM1000 tadi , selamba je hulur kat dia semua sekali. Lepas tu dia pulangkan semula kat aku dan terus blah cam tu je. Masuk dalam kereta baru aku tersedar , confuse pun ada . Apahal tadi?
Aku kira semula duit aku tadi. Ceh! kurang RM300 dah..... aaaaaaahhhh!! tension aku kena pukau ke nih....................
Nasib baik dia tak tanya " do you have gold with you".
13 April 2012

Ini betul betul punya kejadian , bukan cobaannnnn

BUKIT BERUANG - Polis negeri menasihati orang awam supaya berhati-hati dengan sepasang suami isteri dari Timur Tengah yang melakukan tipu daya melarikan wang di kaunter pembayaran di kedai yang menjalankan urus niaga secara tunai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Superintendan Soh Hock Sing berkata, modus operandi itu dikesan selepas menerima dua laporan mengenai kejadian di dua buah kompleks beli-belah ternama di negeri ini sejak Mac lalu.
“Laporan pertama diterima pada 28 Mac lalu, membabitkan kerugian RM1,050 di sebuah kedai di Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan laporan kedua pula pada 10 April dengan jumlah kerugian RM250 di Mahkota Parade,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.
Hock Sing berkata, pasangan berusia 40-an itu dilihat bersama seorang kanak-kanak dipercayai anak mereka, memasuki kedai sebelum membeli barangan murah dan membayar dalam jumlah besar di kaunter pembayaran.
“Kebiasaannya ketika mahu membuat pembayaran, mereka yang mengaku sebagai warga asing memaklumkan kepada juruwang bahawa mereka tidak pernah melihat wang RM100 dan sebagainya, lalu meminta juruwang menunjukkan wang tersebut.
“Ketika juruwang menunjukkan wang yang diminta, salah seorang daripada mereka merampasnya dan berpura-pura membelek duit sebelum memulangkan duit itu dalam jumlah yang kurang,” katanya.
Menurutnya, penipuan itu berjaya dikaburi apabila seorang lagi daripada suspek berbual dengan juruwang dan kesempatan itu digunakan untuk mengambil wang tanpa disedari juruwang terbabit.
“Kedua-duanya meninggalkan kaunter selepas memperdaya dalam tempoh singkat dan juruwang hanya menyedari kekurangan duit selepas mengiranya semula,” katanya.
“Polis masih memburu suspek yang melakukan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya,” katanya.
Justeru katanya, orang ramai diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan