Isnin, 28 Mei 2012

KISAH 1

TAKTIK BELEK RM100  AKU DAH TERKENA DAAAAAA



Ini betul betul punya kejadian , bukan cobaannnnn

Walau aku sentiasa berhati hati, tapi kalau dah nak terkena kira dah bukan rezeki aku  la hari tu.
Alkisah,baru baru ni  aku baru keluarkan duit RM1000 di Alamada .Semua dalam note RM50. Masuk poket dan terus masuk kereta menuju ke KL.

Singgah di Office Plus Sg Besi, reload Touch & Go. Lupa nak buat kt ATM tadi.

Selesai , on the way ke kereta tiba tiba sebuah Toyota Camry plate pendaftaran Singapura berhenti di hadapan aku. Dlm kereta itu ada Tiga orang ( Arab lah) , Pemandunya seorang lelaki. Di sebelahnya seorang wanita .Ehemm bini dia la kot , sdng membaca buku. Kat belakang ada seorang budak perempuan , rasanya umur 5-6 tahun kot sedang bermain playstation (agaknyelah) .

Ringkas cerita dia meminta nak tukar duit Singapore Dollar ke RM katenya nak singgah makan dia tak de RM. Dia cakap boleh tak tengok nota RM50 .Entah camne aku boleh keluarkan semua nota RM50 yg berjumlah RM1000 tadi , selamba je hulur kat dia semua sekali.  Lepas tu dia pulangkan semula kat aku dan terus blah cam tu je. Masuk dalam kereta baru aku tersedar , confuse pun ada . Apahal tadi?
Aku kira semula duit aku tadi. Ceh! kurang RM300 dah..... aaaaaaahhhh!! tension aku kena pukau ke nih....................

Nasib baik dia tak tanya " do you have gold with you".


Jumaat, 25 Mei 2012

WARKAH TERBUKA BUAT DATO' DR HASSAN ALI



Assalamualaikum w.b.t,
Pertama kali aku melihat secara live Dr Maszlee Malik adalah semasa debat KJ dgn Rafizi. Secara jujurnya aku tak pernah membaca tulisan beliau sebelum ini.Dr Maslee banyak menulis menerusi blognya http://maszleemalik.blogspot.com/
Semoga Dato' Dr Hassan Ali bermuhasabah diri selepas membaca tulisan warkah ini.

Sabtu, 28 April 2012

INFORMASI PELABURAN EMAS DAN PERAK 






Kami ingin memaklumkan bahawa urus niaga emas atau perak bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan itu, Bank tidak mengeluarkan sebarang kelulusan atau lesen kepada syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti urus niaga emas atau perak.

AMARAN

AMARAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

Tarikh: 2012-01-02


Kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. 

Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). 

Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.

Catatan Popular