Rabu, 29 Oktober 2014

SUSU....APA CER ???



DAH MINUM SUSU ??

susu lembu, susu kambing, susu unta, susu kuda...yang mana paling berkhasiat? Apa pun susu ibu juga yang paling berkhasiat.




Rabu, 2 April 2014

ADH-DHUHA



Post by My Islam Media.









1] Demi waktu dhuha,

[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.

[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Jumaat, 7 Mac 2014

JANGAN TAK TAU PULAK ...

SHHHH!!! NAIK SENYAP-SENYAP

Pindaan ke atas Jadual 13 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 diterbitkan dalam warta persekutuan pada 16 Disember 2013, yang memberi kenaikan kadar bayaran melibatkan kesemua kategori untuk rundingan dan prosedur perubatan.

SILA BUAT TUNTUTAN

TABUNG BANTUAN MANGSA SERANGAN BINATANG

sesiapa yang pernah diserang binatang buas seperti ular, buaya, babi hutan dan yang sebuas dengannya boleh membuat tuntutan kepada Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

Tuntutan maksimum RM20,000.00 sahaja. Serius aku pun tak pernah tahu benda ni.
Malang tak berbau kan..so sampaikanlah info ni pada seramai yang mungkin. Mana lah tau terkena kat kawan-kawan atau sedara mara kita ke .

Antara binatang yang melayakkan mangsa menerima bantuan ialah gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular-ular berbisa dan primat (beruk, kera, siamang, ungka, lotong dan kongkang
.

Catatan Popular