Ahad, 3 Julai 2011

ASAL USUL RINGGIT TANAH MELAYU

Kalau ikut kamus dewan, ringgit tu bermakna gerigi.(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ringgit). asal usul dia mungkin drpd duit syiling yg terhasil tu kat tepi diakan ada corak gerigi.

MATA WANG MELAYU, mata wang yang pernah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15. Mata wang ini mula diperkenalkan semenjak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Antara bentuk mata wang yang digunakan pada masa itu termasuklah debu emas, batang perak, bongkah timah dan kulit siput gerus. Para pedagang asing juga memperkenalkan mata wang seperti duit tembaga China, duit Pasai, emas dinar, duit timah dan duit tempatan. Walau bagaimanapun, mata wang Pasai menjadi asas pembentukan mata wang di Melaka. Dinar emas Pasai terus digunakan hingga tahun 1514.

Pada 1903, duit syiling perak satu dolar ditempa semata-mata untuk Negeri-negeri Selat, dengan ini kemudian menjadi unit nilai piawai. Semua duit syiling dolar perak yang lain dalam edaran dinyahwangkan pada 1904. Tidak lama kemudian, kenaikan harga perak yang tinggi memaksa kerajaan menarik balik dolar Selat terbitan pertama itu dan menggantikannya dengan duit syiling yang mengandungi kurang logam perak.



SATU RINGGIT PADA ZAMAN ITU BOLEH MEMBELI 26KG BERAS!

Dalam tempoh pertukaran, ketakutan kekurangan duit syiling menyebabkan pengenalan nota satu dolar yang kadar pertukarannya ditetapkan pada logam emas, berbanding dengan logam perak. Untuk menguatkuasakan itu, duit syiling emas raja British diisytiharkan sebagai wang sah buat pertama kali, dan dolar Selat diberikan nilai sembarangan sebanyak dua syiling dan empat peni. Nota dolar itu terbukti amat popular dan oleh itu, dikekalkan untuk terbitan-terbitan yang berikut sehingga ia memenuhi sebahagian besar keperluan untuk duit syiling perak.

Sebelum merdeka, duit kertas British mula perkenalkan dengan bersandarkan dengan emas.
Lepas Jepun datang, duit kertas British yang orang melayu pegang habis tiada nilai.
Berjuta-juta tan emas orang melayu rugi sebab duit kertas British tak laku, tak boleh ditukar dengan emas balik.British bawa balik bertan-tan emas percuma sahaje ke negara mereka. Satu MALAYA kena tipu.
Lepas tu, Jepun datang dengan duit daun pisangnya.



bersambung....


Tiada ulasan:

Catatan Popular