Sabtu, 28 April 2012

INFORMASI PELABURAN EMAS DAN PERAK 






Kami ingin memaklumkan bahawa urus niaga emas atau perak bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan itu, Bank tidak mengeluarkan sebarang kelulusan atau lesen kepada syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti urus niaga emas atau perak.

AMARAN

AMARAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

Tarikh: 2012-01-02


Kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. 

Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). 

Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.

Arkib Blog

Catatan Popular