Rabu, 29 September 2010

RAHSIA AR RAHNU


Ar-Rahnu Agrobank sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.
Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse. Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang istimewa untuk gadaian jongkong emas.

Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu:

1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)
3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang
4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)

Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70% diberikan walaupun ia gadaian pertama.

Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).

Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.80/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.90 (70% daripada RM148.80) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.

p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10390.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1570.00. Banyak tu..

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000

Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank

p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda.

4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)

5. Promosi – upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)

Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%.

Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai keistimewaan Ar-Rahnu. Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?
1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba. Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.

2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman. Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupunsetelah tamat tempoh gadaian 6 bulan.

3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Selepas itu anda boleh lanjutkanpinjaman lagi 6 bulan. Bayaran simpanan untuk tempoh lanjutan tersebut cuma dibayar 6 bulan akan datang.

4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakinmeningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam). Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!

5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong. Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).





Disclaimer:

1. Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya (En Syukor Hashim)
    Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada
    entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda
    membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.

2. Semakin banyak pengalaman anda, semakin mudah anda membuat
     teknik ini. So apa tunggu lagi, beli emas sekarang.

3. Teknik ini adalah petikan daripada ebook saya. Banyak lagi maklumat
     tentang pelaburan emas dan cara-cara menjana keuntungan di dalamnya.
     Jika anda berminat mempelajari cara-cara membuat pelaburan emas
     dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas, anda boleh
     mendapatkan ebook saya
“Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.     Lepas tu praktikkan ilmu tersebut secepat mungkin (klik sini)

Tiada ulasan:

Arkib Blog

Catatan Popular