Isnin, 6 Januari 2014

MELAYU BANGSA AJAIB?


MELAYU- BANGSA AJAIB



Disebalik kegagahan dan kehebatan bangsa Melayu yang wilayah kesultanannya meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera, sejarah juga telah mencatatkan bahawa Melayu adalah satu satunya bangsa yang pernah dijajah sebanyak 7 kali .
 
 
 

 

MELAKA - DI SINI SEGALANYA BERMULA

 
Hanya 14 hari (10 Ogos 1511- 24 Ogos 1511) diperlukan oleh Alfonso de Albuquerque  untuk menghancurkan Tamadun Melayu Di Melaka yang diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400-1403.
Operasi Mencuri Mayat Nabi Muhammad, 1513-1515
 
Sedikit sekali di ketahui umat Islam tetapi tercatat dalam Sejarah Portugis di mana Alfonso sebanyak tiga kali menjalankan operasi untuk mencuri jasad Rasullulah di Madinah untuk di jadikan tebusan bagi tawar menawar dengan pemerintah Arab. Tetapi sebanyak tiga kali beliau gagal di sebabkan ribut taufan. Ini menyebabkan dia merasai bahawa Tuhan tidak merestui tindakan beliau.
  1. Andrew James McGregor (2006). A Military History of Modern Egypt: From the Ottoman Conquest to the Ramadan War. Praeger Publishers. m/s. 20. ISBN 978-0-275-98601-8. 
  2. Afonso de Albuquerque (1999). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India. Elibron Classics. ISBN 978-1-4021-9508-2.
Sultan terakhir ,Sultan Mahmud Shah menjadi pelarian ke Bentan dan akhirnya mangkat di Kampar, Sumatera. Warisnya Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564)  membina Kerajaan baru Johor.
Melayu pun dijajah selama 130 tahun. Sepanjang masa itu Melayu terus berperang sesama bangsa. Melayu Johor lawan Melayu Acheh dengan bantuan bangsa yang menjajah bangsanya sendiri.
Ironinya, Kesultanan Johor kemudiannya bersekutu dengan Belanda untuk menghalau Portugis pada tahun 1641. Perjanjian British Belanda 1824 menyaksikan Melaka diperintah Syarikat Hindia Timur British. Akhirnya seluruh Tanah Melayu menjadi jajahan takluk Empayar British.
Adakah kebetulan, selepas hilangnya Hang Tuah yang pernah berguru dengan para Wali Allah (Wali Songo) dan matinya si Jebat maka semakin lemahlah aura keperkasaan Melayu pada abad itu barulah bangsa Portugis berani menjejak kali ke Tanah Melayu?
Atau dek perbalahan sesama Melayu Islam dan kezaliman Raja kepada para Wali Allah maka berlaku bala kifaraat Allah hingga hilangnya satu Kerajaan Islam di negeri yang tidak bersultan hingga sekarang?
Bagaimana dengan PEMBELOTAN, Komplot rampasan kuasa ,pakatan ketenteran asing AKA Teori Kospirasi ? Panjang juga kalau cerita di sini. Pembaca boleh search sendiri ye...
 
ATAU adakah kerana  “Venice of The East” hanya bersenjatakan keris, lembing dan parang semata?
Catatan pemgembara dan pedagang awal  Eropah, India dan Cina membuktikan kerajaan nusantara sekitar Kesultanan Melaka seperti Kesultanan Brunai, Kesultanan Sulu, Kesultanan Pattani adalah pengeluar utama meriam meriam hebat dan berkuasa tinggi pada zamannya.
 
APAKAH ADA  UNTOLD STORY .

Takkan lah Parameswara belayar ke China hanya menaiki sampan kecil? Gelaran Laksamana adalah kepada  pemimpin armada tentera laut bukan sekumpulan pelayar biasa. Selat Melaka saat itu satu laluan perdagangan yang sangat sibuk. Mengawasi dan meronda kawasan yang sebesar dan seluas itu pasti menggunakan kapal peronda perang yang lengkap.Bukan perahu yang digunakan nelayan menjaring ikan. 

Penakluk Kota Melaka , Alfonso mencatatkan Portugis merampas 3000 pucuk meriam setelah Kota Melaka ditawan. Itupun hanya separuh daripadanya.Maknanya ada 6000 pucuk meriam !

Tapi sejarah juga menulis....betapa kuatnya sifat berfoya-foya Sultan Mahmud ketika itu, selain pilih kasih , mudah percaya kepada fitnah dan melantik orang yang korup dan tidak berwibawa dalam kerajaannya.

 
“ Dan sungguhnya Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan ,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah 155)

 
Jatuhnya Melaka mungkin sepertimana jatuhnya kerajaan Islam Uthmaniah.

 
Melayu pernah terpaksa menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam.

Perjanjian Burney 1826- Siam Tuan kepada kerajaan Melayu Kedah

Datang pulak si Jepun 8 Disember 1941- 16 Ogos 1945, terpaksa pulak berdiri meghadap matahari dan menyanyi lagu Kimaigayo selama 3 tahun 8 bulan. Selain kena belajar bahasa Jepun Nippon-go dan tulisan jepun. Duit pun cap pisang Jepun.

 
Hai loghat Jepun bunyi macam kera

Kruh kreh wah kruh krah kita kena angguk kepala

Jika tak angguk di akata korang bahasa

Kena penyepak dia dah sakit tak sangka

 (Lagu Pak ku Shadat, Tokoh penglipur lara terkenal di Perlis dan Kedah)

 
Zaman Jepun Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan jawatan rendah serta terpaksa menjadi penjual goreng pisang  di jalanan.

 Kalau tidak kena terajang atau tamparan si Jepun . Nasib la siapa yang kena balun kerana tiada siapa berani menolong. Ada yang menelan sabun sampai perut kembong. Lantas terbongkok bongkok meminta maaf dari si Jepun.

Kedah ,Perlis,Kelantan dan Terengganu pernah di serah kepada Siam tanda terima kasih Jepun.

Hebatnya orang siam bukan kerana kekuatan juga bukan kerana panjang akalnya tetapi kerana liciknya mereka. Sedangkan Siam pernah tertipu oleh geliganya akal Tun Perak . King Rama Khamkheng , Raja empayar Budha Sukhothai pernah dipenggal lehernya oleh Cik Siti Wan Kembang .Lantas Siam bersumpah berperang dengan Melayu sampai kiamat.

 
 
 
Bila Jepun kalah perang dek penangan bom atom , rakan perang British   Parti Komunis Malaya (PKM) sempat bermaharaja lela sementara selama 14 hari.

 

Setelah British kembali, mahu diturunkan Sekelian Raja Melayu.Tandatangan dan kembali ke taraf kadi...Penghapusan kedaulatan raja raja Melayu, menghakis Tamadun Melayu, kerakyatan terlalu liberal... Syarat  kewarganegaraan dilonggarkan untuk menarik sokongan kaum Cina.Terima kasih Sir Harold MacMichael.

Kronologi Penjajahan Tanah Melayu

1400an                    - Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu Melaka telah wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara berdasarkan kajian IKSEP)- 31 Mei 2010

1511                        - Pemerintahan Portugis

1641                        - Permerintahan Belanda

1824                        - Pemerintahan British (Inggeris)

1941                        - Pemerintahan Jepun

1945                        - Jepun Menyerah Kalah  - Pemerintahan British kembali.

1948-1960               - Darurat di Tanah Melayu (Komunis Menguasai Tanah Melayu)

31 Ogos 1957          - Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

16 September 1963 - Penubuhan Negara Malaysia


TAHUKAH ANDA SEORANG PANGLIMA MELAYU DARI MELAKA ADALAH ORANG PERTAMA YANG BELAYAR MENGELILINGI DUNIA?http://www.sabrizain.org/malaya/port3.htm

Nota :

 Penulis tidak berhasrat memanjangkan cerita ini. Yang lebih penting lihatlah masa hadapan kerana kita sedang menuju ke arah itu dan bukan mengundur kebelakang. Yang lepas tak mungkin kembali NAMUN tak salah belajar dari sejarah kerana semuanya bermula dari situ.

 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Betul apa yg penulis cakap
Melayu tidak akan hilang didunia

Unknown berkata...

Tun M....saja yg boleh jawap semua ni..

Catatan Popular