Selasa, 11 Januari 2011

RIZAB EMAS BANK NEGARA

Rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit

Dikhabarkan daripada sumber yang tidak rasmi pegangan rizab negara Bank Negara Malaysia telah susut di angka yang agak membimbangkan semenjak tahun 1999 lagi.

Sebelum ini iaitu dari tahun emas antara 1990 hingga Julai 1999, menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai sebanyak 72.7 tan atau bersamaan 2.34 juta aun.

Disebabkan pegangan Rizab Bank Negara Malaysia telah menyusut telah menyebabkan kerajaan Malaysia menjual separuh daripada simpanan emas yang telah sedia ada, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999. Kini, rizab emas emas negara dikahabarkan telah merundum teruk kepada angka hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Seperti diketahui rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan dikalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara. Sebagai “langkah kawalan” penyusutan mendadak yang berlaku telah memaksa Kementerian Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengistiharkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika iaitu sekitar USD 379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti. Ini bermakna, sepanjang tempoh 19 tahun yang lalu Bank Negara  telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun yang bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.


Pada masa sekarang ini, dilaporkan Bank Negara melonggokkan nilai emas itu bersama “gold swapped” atau emas yang ditukar. Ini bermaksud walaupun dalam rekod rasmi Malaysia mempunyai simpanan 12 tan emas, rizab itu “dipinjamkan” kepada negara ketiga dan tidak berada dalam simpanan Bank Negara. Langkah “meminjamkan” rizab emas negara kepada negara luar membolehkan Bank Negara mendapatkan pulangan pada kadar 1 peratus setahun atas nilai emas yang dipinjam.
2010/11/19 -Berita harian

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM326.455 bilion (AS$105.8 bilion) pada 15 November 2010.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Rizab antarabangsa terdiri daripada mata wang asing (AS$95.1 bilion), kedudukan Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$500 juta), Hak Pengeluaran Khas (AS$2.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$6.6 bilion). Jumlah aset bank pusat, termasuk rizab antarabangsa berjumlah sehingga RM387.576 bilion.

Aset-asetnya yang lain termasuklah kertas kerajaan Malaysia (RM2.284 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM40.524 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.797 bilion) dan aset-aset lain (RM6.516 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); kumpulan wang rizab am (RM13.478 bilion); rizab-rizab lain (RM1.368 bilion); mata wang dalam edaran (RM54.233 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM161.792 bilion); deposit Kerajaan Persekutuan (RM21.525 bilion); deposit lain (RM900.901 juta); kertas Bank Negara (RM102.555 bilion); peruntukan Hak Pengeluaran Khas (RM6.465 billion); dan liabiliti lain (RM25.159 bilion). - BERNAMA
  

Tiada ulasan:

Arkib Blog

Catatan Popular