Khamis, 26 Mei 2011

Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

AWAS pengguna e-banking : Dengan hanya 1 klik, pengurus akaun kehilangan RM4,200

KUALA LUMPUR, 12 MAY, 2011: Accounts manager Chua Ming Choo opened a message in her email informing her that there was some irregular activity occurring in her account, reported The Star.

The email told her to click a link to her bank’s website to update her particulars for safer online banking.





REZAB EMAS NEGARA

Tahukah anda berapa banyak rezab emas yang dipunyai oleh Bank Negara?

Rezab Emas bank negara sehingga 19/11/2010 Adalah sebanyak (AS$1.5 bilion)@ 12 tan  . Sebagai perbandingan, Rezab Emas Bank Pusat Singapura pula sebanyak 127 tan, Filipina 176 tan manakala Indonesia sebanyak 172 tan (angka pada 2009).

Amerika Syarikat masih merupakan penyimpan emas terbesar di dunia dengan 8000 tan tetapi jumlah ini tidak cukup untuk membayar hutangnya yang yang berjumlah USD14.3 trillion.

 

Sebelum ini iaitu dari tahun emas antara 1990 hingga Julai 1999, menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai sebanyak 72.7 tan atau bersamaan 2.34 juta aun.

Sebagai “langkah kawalan” penyusutan mendadak yang berlaku telah memaksa Kementerian Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengistiharkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti. Ini bermakna, sepanjang tempoh 19 tahun yang lalu Bank Negara  telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun yang bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Rizab emas ialah simpanan emas pegangan bank pusat atau negara yang bertujuan sebagai simpanan nilai dan jaminan untuk menebus janji untuk membayar penyimpan, pemegang wang kertas, atau rakan dagang, atau mencagarkan mata wang.


Pada akhir tahun 2004, bank pusat dan dana pelaburan memegang 19% daripada semua emas atas bumi sebagai aset rizab bank.[1]


Dianggarkan bahawa semua emas yang digali pada akhir tahun 2009 berjumlah 165,000 tan.[2] Pada harga AS$1000/auns yang dilebihi pada tahun 2008 dan 2009, satu tan emas mempunyai nilai kira-kira AS$32.15 juta. Jumlah nilai segala emas yang pernah digali akan melebihi AS$5 trilion pada penilaian itu.[note 1]


2010/11/19 -Berita harian
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM326.455 bilion (AS$105.8 bilion) pada 15 November 2010.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Rizab antarabangsa terdiri daripada mata wang asing (AS$95.1 bilion), kedudukan Rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$500 juta), Hak Pengeluaran Khas (AS$2.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$6.6 bilion). Jumlah aset bank pusat, termasuk rizab antarabangsa berjumlah sehingga RM387.576 bilion.

Aset-asetnya yang lain termasuklah kertas kerajaan Malaysia (RM2.284 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM40.524 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.797 bilion) dan aset-aset lain (RM6.516 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); kumpulan wang rizab am (RM13.478 bilion); rizab-rizab lain (RM1.368 bilion); mata wang dalam edaran (RM54.233 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM161.792 bilion); deposit Kerajaan Persekutuan (RM21.525 bilion); deposit lain (RM900.901 juta); kertas Bank Negara (RM102.555 bilion); peruntukan Hak Pengeluaran Khas (RM6.465 billion); dan liabiliti lain (RM25.159 bilion). - BERNAMA


Arkib Blog

Catatan Popular