Ahad, 3 Julai 2011

ASAL USUL RINGGIT TANAH MELAYU

Kalau ikut kamus dewan, ringgit tu bermakna gerigi.(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ringgit). asal usul dia mungkin drpd duit syiling yg terhasil tu kat tepi diakan ada corak gerigi.

MATA WANG MELAYU, mata wang yang pernah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15. Mata wang ini mula diperkenalkan semenjak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Antara bentuk mata wang yang digunakan pada masa itu termasuklah debu emas, batang perak, bongkah timah dan kulit siput gerus. Para pedagang asing juga memperkenalkan mata wang seperti duit tembaga China, duit Pasai, emas dinar, duit timah dan duit tempatan. Walau bagaimanapun, mata wang Pasai menjadi asas pembentukan mata wang di Melaka. Dinar emas Pasai terus digunakan hingga tahun 1514.

Catatan Popular