Khamis, 12 April 2012

15 CARA MENGISI TABUNG EMAS ANDA

Masih ramai yang merasakan tidak mampu memulakan pelaburan emas. Anda boleh memiliki 1 gram emas dengan harga kurang RM230.

Inilah kesan apabila ilmu ikhtiar hidup yang penting ini tidak diajar di sekolah dan universiti. Secara purata, pencarum KWSP hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan untuk menampung kehidupan mereka selepas bersara sehingga berumur 75 tahun.

41 individu di Malaysia muflis setiap harin(The Star, 22 September 2011)
66% rakyat Malaysia tidak mempuunyai plan persaraan langsung (The Star,4 April 2009)

Cuba tengok sekeliling kita,  di flat atau rumah pangsa murah hampir semua ada ASTRO.

Info di bawah ni nampak macam kelakar jer, tapi fikir fikir la sendiri ye

FAEDAH AMALAN BERSEDEKAH 

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud " Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah s.w.t, sesiapa yang merasa berpada pada maka diberikan Allah s.w.t kelegaan kepadanya." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isnin, 9 April 2012


APA PENDAPAT ANDA  ? PERLUKAH DUIT BARU ?

SEJURUS wang syiling baru diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak awal tahun ini, mula kedengaran rungutan dan pertanyaan, mengenai penggunaan wang itu di mesin tempat letak kereta, mesin air dan lain-lain.


Ahad, 8 April 2012

Harga Emas Dunia Dijangka Meningkat pada suku keempat tahun 2012






Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. - AFP

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.

Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.

Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Sumber : Utusan Malaysia
_____________________________________________________________

Arkib Blog

Catatan Popular