Jumaat, 21 Februari 2014

ZAKAT : SIAPA SURUH BAYAR NI

ZAKAT - Kenapa la  orang islam ni kena  bayar zakat .Tak bayar kan senang.
Tengok orang bukan islam...bayar cukai pendapatan je..kan senang.

Orang Islam kena bayar macam macam zakat la. Zakat Fitrah la, zakat harta la (saham, pendapatan, perniagaan, kwsp, pertanian )

Ada pulak Zakat Ma’adin, zakat  Kunuz ,zakat  Rikaz (zakat apa pulak ni)

So sape suruh orang islam bayar  ni.

Bayar zakat fitrah sekali setahun tak cukup ke? Sape pulak yanng tentukan kadar nisab ni bersamaan 85gram emas. Kenapa tak perak ke, zamrud ke, mutiara ke...atau intan berlian.

Nilai uruf pun berbeza ikut negeri...iskhhh peliknya.






Khamis, 20 Februari 2014

APA HAL - BATIK OH BATIK

Ada apa dengan BAJU BATIK !

Jujurnya saya sendiri tidak pernah terpikir tentang isu ini. Saya sendiri ada 2-3 helai baju batik...tapi tak tau la jenis kain ni sutera ke tidak. Pakai pun jarang-jarang.. Kali terakhir pakai masa kenduri khawin adik ipar .Itu pun pasal semua ahli keluarga kena pakai sedondon la konon-kononnya. Lain la kakitangan kerajaan wajib memakainya setiap hari Khamis.

Jadi apa isunya ?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendedahkan hampir 90 peratus batik sutera yang dipakai oleh lelaki di Malaysia adalah batik yang diperbuat daripada sutera tulen.
Kepada para pemakai batik kaum lelaki ,anda pasti kah baju batik yang sering dipakai itu bukan dari jenis kain sutera ? HARAM wooo..tau tak pe.

Macam tak tu je...... INFO LANJUT

Kredit Kepada PPIM.







Arkib Blog

Catatan Popular