Selasa, 13 September 2011

Dari Blog Prof Dr. Hj Zuhaimy






Friday, April 9, 2010

Dolar Amerika Sebenarnya Tenat

Dollar America is Dying

“Dan peliharalah dirimu dari api neraka yang disediakan untuk orang-orang kafir”, Al-Quran 3, ayat 131.


Pengenalan

Allah s.w.t. membenarkan manusia berdagang tetapi melarang perbuatan mengambil riba. Seperti yang dijelaskan dalam bab sebelum ini bahawa sistem wang kertas adalah wang yang tidak mempunyai nilai intrinsik. Wang kertas yang mendominasi perdagangan antarabangsa sekarang ini ialah dolar Amerika (US$). Begitu besar peratusan perdagangan dunia sekarang ini yang menggunakan wang kertas US$ atau wang elektronik dalam bentuk unit pada skrin komputer. Dolar Amerika terkenal sebagai mata wang dunia yang paling banyak digunakan dalam perdagangan antarabangsa. Kebanyakan mata wang dunia yang lain menjadikan US$ sebagai sandaran dan banyak negara di dunia tidak mahu US$ yang tidak bernilai intrinsik ini terus hilang daripada menguasai pasaran dunia.


Wang Sudah Mati

Wang kertas telah menggantikan wang emas dan sejak peristiwa Bretton Wood, dolar Amerika dan juga wang kertas dunia lain tidak lagi mempunyai sandaran emas. Berkembangnya sistem wang kertas bersama institusi perbankan turut disertakan dengan simbol sebuah institusi riba yang menjana wang lebihan. Institusi bank berhak malah bebas daripada kuasa pemerintah untuk menentukan tahap susut dan lebihan nilai dalam percetakan wang.

Walaupun wang kertas dolar Amerika merupakan wang dunia tetapi kedudukan mata wang ini kini tenat. Mata wang dolar Amerika kini secara perlahan-lahan sudah mula diganti oleh mata wang kertas Euro dan Yen. Kurangnya kepercayaan dunia perdagangan kepada dolar Amerika, menjadikan semakin kurangnya kuasa beli wang kertas tersebut. Secara statistiknya lebih daripada 50 peratus wang dolar Amerika digunakan di luar Amerika. Oleh itu, sebarang kekurangan kuasa beli wang kertas ini sering merungsingkan Amerika Syarikat.

Perkembangan teknologi maklumat menjadikan wang kini berubah wajah kepada berbentuk wang elektronik (e-money). Menurut Kurtzman dalam bukunya The Death of Money , sekarang wang bukan lagi suatu barangan atau benda yang boleh ditemui di pantai atau di mana-mana, tetapi wang telah menjadi suatu sistem. Wang elektronik ini mudah meruap dan tidak stabil dengan kadar faedah, nilai saham, nilai wang kertas dan nilai bon turun naik tanpa kawalan lagi. Kini wang khasnya dolar Amerika merupakan nombor-nombor dalam akaun simpanan, menjadi nombor-nombor di London Stock Exchange, seterusnya berubah ke indeks Nikkei, kemudiannya menjelma sebagai Euro dan seterusnya bertukar kepada Rupiah, yang kemudiannya mengambil dolar Amerika dalam kuantiti yang lebih banyak daripada asal.

Setiap syarikat yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa akan merasai kerugian yang berlaku disebabkan kadar pertukaran mata wang. Kini pedagang antarabangsa mula mencari alternatif kepada dolar Amerika.

Ringgit Malaysia adalah juga wang kertas yang disandarkan kepada dolar AMerika dan oleh kerana sifat wang kertas Ringgit Malaysia sama dengan sifat wang kertas Dollar Amerika, maka sudah tentu kemerosotan dollar bermakna kemerosottan Ringgit Malaysia. Kehancuran Dollar Amerika juga kehancuran Ringgit Malaysia. Oleh keran hampir semua wang kertas bersandarkan dollar Amerika, semua kerajaan berkewajipan untuk melindungi wang kertas ini. Alangkah beruntungnya mereka...alangkah bodohnya dunia lain. Mereka boleh melakukan apa sahaja tetapi negara lain yang menanggungnya. Sedarlah bahawa kuasa khayalan ini tidak akan kekal lama dan dengan izin Allah, akan tiba masa kehancurannya. OLEH ITU BERSEDIALAH DENGAN WANG ALTERNATIF SEBELUM TERLAMBAT...

Wassalam

Prof Dr Zuhaimy Ismail

i-Series "Produk Terbaru Public Gold"







Berbanding dengan spread kedai emas biasa diantara 25%-40%, i-Series menawarkan spread hanya 10% sahaja. Harganya juga lebih murah dari pasaran (rujuk harga pasaran di www.fgjam.org.my). Guaranteed buy back oleh Public Gold

Arkib Blog

Catatan Popular