Selasa, 18 Januari 2011

Amerika Syarikat dan Emas

Sejarah EMAS dan Amerika Syarikat bermula dari tahun 1800. Abad ini dikenali sebagai Gold Rush. Lombong pertama ditemui di North Carolina pada tahun 1803, 1884 di California dan kemudiannya di Alaska dalam tahun 1898.Beratus ribu manusia termasuk dari Latin Amerika, Eropah dan Asia (China) berderu mencari peluang memburu American Dream.
 
Wang kertas AS pertama $10, dipanggil Nota Segera dikeluarkan pada tahun 1861oleh Jabatan Perbendaharaan tertera potrait Presiden Abraham Lincon.
Selama 100 tahun berikutnya bandar-bandar besar di AS membangun dengan pesat hasil daripada EMAS (selain daripada minyak ). Jalan raya, sekolah, hospital, jalan keretapi, gereja semuanya dibina dengan hasil perlombongan emas. AS dengan pantas menjadi sebuah negara perindustrian .

Awal tahun 1900 Rakyat Amerika hidup dengan sangat mewah. Bayangkan pemandu teksi juga sibuk dengan pasaran saham !

Bagaimanapun pada tahun 1929, Amerika dilanda tsunami ekonomi yang tercatat dalam sejarahnya sebagai The Great Depression.  Para sejarawan besepakat bahawa zaman kemelesetan ini bermula di Amerika Syarikat, apabila pasaran sahamnya jatuh merudum pada 29 Oktober 1929 dan peristiwa ini dikenali sebagai Keruntuhan Wall Street 1929 atau Black Tuesday. Ini diikuti pula dengan penurunan di Eropah dan Australia. Asia turut menderita kerana terdapat rakan dagang yang menjadi miskin dan tidak bekerjasama. Rakyatnya berpusu-pusu mengeluarkan simpanan tunai dan emas daripada bank-bank sehingga bank kehabisan wang tunai. Emas mengalir keluar dari AS kerana dollarnya sudah tiada nilai lagi.


Migrant Mother oleh Dorothea Lange menggambarkan pekerja miskin di California, memusat pada Florence Owens Thompson, umur 32, ibu tujuh anak, di Nipomo, California, Mac 1936.
 
Pada 28hb Ogos 1933, Presiden Roosevelt mengeluarkan satu Arahan Eksekutif 6260 yang melarang rakyat AS menyimpan emas. Semua bentuk emas - syiling emas, bullion dan sijil-sijil emas diarah untuk diserahkan kepada Rizab Persekutuan(FE). FE membayar sebanyak USD20.67/ounce. Lima bulan kemudian Mr President meningkatkan harga emas kepada USD35/ounce. Wah! jadi mereka yang menyerahkan emas lebih awal telah rugi sebanyak 69% !!!

Dasar ini memberi kesan yang positif. Emas tidak lagi mengalir keluar daripada AS dan ekonomi kembali pulih. Dalam usaha untuk memulihkan ekonominya, satu peristiwa penting telah berlaku yang secara tidak langsung membawa impak positif kearah pemulihan ekonomi Amerika.

Tercetusnya perang dunia ke 2  telah membantu merangsang ekonomi  AS melalui industri perindustrian berorentasikan peperangan. Berjuta-juta rakyatnya menjadi pekerja dalam indusri pertahanan walaupun pada masa yang sama telah membunuh berjuta-juta orang termasuk rakyatnya sendiri di seluruh dunia. Tetapi strategi licik dan pantas  AS dapat  mempastikan peperangan itu tidak menjejaki bumi AS secara langsung.

Wang kertas negara-negara Eropah yang teruk dibom semasa itu tidak bernilai lagi. Jadi mereka mendapatkan keperluan seperti senjata , makanan dan perubatan dengan membayarnya dengan EMAS! Pada penghujung tahun 1944 , AS menyimpan 70% simpanan emas dunia. Sehingga sekarang AS masih merupakan penyimpan EMAS terbesar didunia
Apabila tamat perang dunia ke 2, ketika negara -negara Eropah lain terpaksa membina semula  ekonomi dan infrastukrtur mereka yang hancur ,sudah tentulah Amerika Syarikat menjadi broker utama dalam pemulihan rantau berkenaan .Sekali lagi mereka membuat bayaran dengan simpanan EMAS yang mereka ada.

Sekarang, Ekonomi dunia sedang menuju keruntuhan juga disebabkan peranan Amerika Syarikat tetapi dalam medium yang berbeza iaitu disebabkan oleh US Dollar.


Hutang yang ditanggung oleh Negara-negara Eropah
Greece USD367 Billion
Ireland  USD865 Billion
Spain    USD 1 trillion
Italy      USD 1 trillion

Negara pemberi hutang
France, German, Britain

Pada masa yang semasa negara -negara yang memberi hutang ini juga berhutang dengan negara yang lain, dan mereka memberi hutang kepada negara yang tidak mampu membayarnya semula!

Spain pula berhutang dengan Italy sebanyak USD41 billion. Bagaimana Italy boleh memberi pinjaman kepada Spain sedangan Italy sendiri menanggung hutang USD1 trillion? Italy pula terhutang dengan Spain sebanyak USD27 billion.



Amerika Syarikat sendiri merupakan antara 20 negara yang paling banyak hutang di dunia . Tetapi bagaimana AS juga boleh memberikan pinjaman berbiliion dollar AS kepada negara-negara lain? Hutang negara AS berjumlah $12 trillion (November 2009)[8] 83% dpd GDP berbanding hasil negara sebanyak $2.106 trilion (2009). Ini kerana ia boleh mencetak wang sesuka hati mereka.

Hakikatnya, hubungan antarabangsa yang cukup luas berjaya memahat kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia. Menyedari kekuasaan ini, kebanyakkan negara didunia telah membuat simpanan matawang Amerika Syarikat dengan jumlah yang begitu banyak sekali. Cuma semenjak peristiwa 11 September, ekonomi Amerika Syarikat mulai merudum yang mengakibatkan kenaikan harga minyak dan berlakunya defisit.

Jumlah keseluruhan hutang negara Eropah melebihi 100%  hasil  KDNK EU 27 jika disatukan .

Bagaimana perdagangan boleh berlaku dalam ekonomi yang bangkrap? Jika semua negara tersebut tidak mempunyai wang lagi untuk membiayai pembelian termasuk gaji kakitangan kerajaan sendiri?

Bank-bank Jerman, Perancis, British dan Amerika Syarikat amat terkait dengan ekonomi Piigs. Penghutang Greece saja perlu menebus AS$75 bilion dengan bank-bank Perancis dan AS$45 bilion dengan Jerman.

Ciri-ciri terpenting dalam ekonomi Amerika Syarikat ialah kebebasan ekonomi yang membolehkan sektor swasta melakukan kebanyakan keputusan ekonomi dalam penentuan arah dan skala penghasilan ekonomi A.S.[16] yang dipertingkatkan lagi dengan kurangnya pengawalan dan campur tangan kerajaan,[17] di samping sistem kehakiman yang sentiasa melindungi hak milik harta dan menguat kuasa kontrak.

AS akan memiliki kawalan secara langsung ke atas aset-aset negara dan syarikat gergasi Eropah melalui pemilikan saham.

Maka tidak hairanlah Warrent Buffet dan George Soros tidak suka pada EMAS dan Perak sebagai pengganti mata wang dunia kerana merekalah di antara Agen Kapitalis Yahudi yang mengaut keuntungan berbillion dollar setiap kali berlaku krisi kewangan global.

Apakah kesan langsung kepada ekonomi dunia jika ekonomi EU runtuh?
Bagaimana Emas dan perak boleh berperanan dalam menghadapi kemelut ini?
Benarkah ekonomi Amerika Syarikat sekarang  DIMILIKI oleh China? Ini kerana China, memegang $801.5 bilion bon perbendaharaan, merupakan pembiaya luar negara terbesar untuk hutang awam Amerika Syarikat yang tercatat.Ramai pakar ekonomi berpendapat China akan mengatasi AS sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia dalam tempoh 25 tahun lagi.


Tiada ulasan:

Arkib Blog

Catatan Popular