Khamis, 24 Februari 2011

Sejarah Emas 1

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat semenjak 6000 tahun yang lalu.



Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran. Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa









Manakala pada zaman Nabi Musa, kaum-kaumnya telah menjadikan emas sebagai bahan untuk mencipta tuhan mereka sendiri. Betapa tingginya taraf emas sehingga ianya dijadikan sebagai pilihan untuk membina berhala yang mereka sangkakan berkuasa dan mereka sembah.

Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.”

[al-A'raaf: 148]

2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion sebagai cara pedagangan dan urusan jual beli.

Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion


Inilah bukti Kebolehan Emas Sebagai Pelaburan Dan Penyimpan Nilai Yang Unggul Sedangkan Jika kita masih tak ambil pusing tentang emas maka anda adalah orang yang rugi.


DINAR EMAS ZAMAN RASULULLAH


Tahukah anda?

Pada zaman Rasulullah SAW, standard barang dan harga disandarkan kepada piawaian emas dan perak. Melalui sandaran emas dan perak inilah semua bentuk transaksi boleh dilangsungkan. Baginda telah menentukan standard wang dalam bentuk "uqiyyah", "dirham", "daniq", "qirath", "mithqal" dan "dinar".
1 uqiyyah = 40 dirham
1 dirham = 6 daniq
1 dinar = 20 qirath
10 dirham = 7 mithqal

Denarius Solidus (Wang Emas Solid) atau Dinar 999 diperkenal kan oleh Maharaja Konstantine iaitu raja kepada Empayar Byzantin (Rom) pada kurun ke-5 Masihi. Penggunaan wang in berkembang hasil daripada kemasukan pedagang dan peghijrah ke Teluk Arab dan Laut Merah. Masyarakat Arab Jahiliyah menggunakan wang ini sebagai bahantara dalam perdagangan mereka.

Rasulullah S.A.W. telah meneruskan penggunaan Denarius Solidus ketika menubuhkan kerajaan Islam yang pertama di Madinah dan dipercayai tiada usaha untuk mencetak wang bagi kerajaan yang ditubuhkan walaupun banyak usaha-usaha membangunkan ekonomi umat Islam Madinah ketika itu. Selain memperakui Denarius Solidus kerajaan Byzantine, baginda (s.a.w) juga menggunakan untuk beberapa situasi contohnya:

-Ketika mengahwinkan puterinya Fatimah dengan Ali bin Abi Talib dengan mahar sebanyak 480 Dinar.
-Mewajibkan pembayaran zakat harta berdasarkan kepada wang syiling Denarius dan Drachm(Dirham)
-Aktiviti perdagangan.

Justeru dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat wang syiling Islam pada zaman Rasulullah dan baginda memperakui penggunaan wang syiling Rom (Denarius Solidus) dan boleh dijadikan sebagai dalil Taqrir terhadap kesahihan penggunaannya.
dirhamUmar1
Dirham Khalifah Umar Ibn Khattab RA, Bismillah, 20 Hijriah
Dinar Khalifah Abdulmalik ibn Marwan, Syahadatain dan Al Ikhlas, 77 Hijriah.

Tiada ulasan:

Catatan Popular