Sabtu, 9 April 2011

DINAR MENYERAP INFLASI

Harga komoditi makanan akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Dalam masa 3-4 tahun harga komoditi makanan akan naik 30-40%. Oleh kerana 80% negara di dunia menggunakan USD sebagai matawang dagangan, kejatuhan nilai Dollar bermakna lebih banyak USD diperlukan untuk membeli sesuatu barangan.

Sebagai persediaan menyerap kenaikan harga komoditi seperti minyak, hanya dinar emas dan perak sebagai komoditi mudah cair boleh mengatasinya.

Contohnya , jika perbelanjaan petrol anda RM300 sebulan, setahun anda memerlukan budget sebanyak RM3,600.00.

1 Dinar sekarang berharga RM680. Beli dan simpan 5 keping dinar pada harga RM3,378.00 untuk digunakan pada tahun 2012.

Harga Dinar pada tahun 2012 dijangka sekitar RM800 berdasarkan purata kenaikan 20% sepanjang 10 tahun lepas. Jadi ,5 Dinar pada 2012 bernilai RM4,000.00. Jika harga minyak naik 10% perbelanjaan anda akan bertambah daripada RM3,600 kepada RM3,960.00. Masih ada lebih RM40.00!

Jika anda melabur dalam ASB, anda perlu simpan lebih RM3700 pada awal tahun 2011 untuk dapat pulangan pelaburan  x 8% (tak pastilah boleh dapat ke tak) , simpanan anda pada awal 2012 berjumlah RM3,996.00. Jika harga minyak naik 10% ok lagi..kalau naik 15%?

Macamana ? Semudah itukan?


Tiada ulasan:

Arkib Blog

Catatan Popular