Sabtu, 23 April 2011

HATI[HATI PELABURAN EMAS SECARA JUALAN LANGSUNG

Setakat hari ini, saya sudah dapat tiga cerita yang lebih kurang sama iaitu satu pelaburan jual beli emas melalui jualan lanGsung. Kegiatan ini sedang bergerak dalam senyap dalam kumpulan kecil dan mula mempengaruhi orang ramai.

Beberapa cerita yang saya dengar, di sini sedang giat dijalankan oleh ustaz dan cikgu. Kepada ustaz dan cikgu, saya nasihatkan diri anda janganlah diperalatkan oleh sesuatu yang meragukan dengan memasuki skim yang meragukan ini.

 Kesian saya pada ustaz-ustaz yang macam ini, ustaz ini ikhlas untuk meningkatkan ekonomi hidup dia dalam ekonomi yang semakin mencabar sekarang. Tapi, ustaz ini lupa, yang perniagaan ini bukanlah betul. Perniagaan ini amat meragukan dan bergerak dari mulut ke mulut dan sekali sekala membuat perjumpaan melalui  kumpulan kecil.

 Katanya, perniagaan emas sedang laris dan akan meningkat harga sekarang dan skim ini menawarkan pelaburan yang menguntungkan. Memanglah betul dan disokong dalam sebuah akhbar harian dua tiga hari lepas yang harga emas akan meningkat. Tapi semua itu adalah ramalan saja seperti ramalan pasaran saham atau ramalan harga minyak. Tapi kalau dah rasa emas meningkat harga, pergilah beli emas di kedai emas yang sah. Beli dan pakailah emas tu. Kenapa pula nak beli emas dengan cara jualan lansung ?

Skim Ini Macam Mana ?

Bila ditanya lanjut, ustaz ini mengelak untuk jawab sebab dia kata tak mahir untuk jawab. Sudah lah ustaz.... kalau ustaz tak boleh jawab walaupun soalan saya bukan susah sangat, kenapa pula ustaz mempengarui orang lain untuk masuk skim ini ?

Maknanya ustaz ini pun tak tahu sangat, dia masuk saja dulu untuk jadi orang yang mula-mula masuk. Kalau lambat nanti, ustaz ini tak dapat keuntungan yang macam ini, rasa sayalah. Sudahlah ustaz, nasihat saya pada ustaz dan cikgu, janganlah kita ini mudah diperalatkan. Kita ini ustaz, orang suka gunakan termasuk hendak menipu.

Ustaz ini kata, kalau nak tahu lanjut, datang ke tempat sekian, tarikh sekian dan akan dengar taklimat seorang dari KL. Amboi kalau orang luar dari KL saja, entah-entah dari negari  lain, tapi main sebut KL saja. Dalam taklimat itu nanti, akan digunakan video dan sebagainya untuk pembakar semangat kepada orang yang hadir supaya masuk skim ini. Macamlah juga dengan jualan lansung.

Mana Ada Jual Emas Jualan Lansung

Tak ada jual emas secara jualan lansung atau MLM. Yang ada itu seperti Zhulian (itu MLM yang disahkan dan berlesen), itu bukan emas tulin. Tapi skim ini katanya ini emas tulin dan pelabur akan dapat keuntungan berlipat ganda. Kenapa berlipat ganda ?

Setahu saya, yang akhbar tulis dua tiga hari lepas kata, kenaikan dijangkakan 30 peratus saja. Tapi saya percaya, sendikit ini akan kata nak kasi keuntungan jauh lebih tinggi dari ini. Yer le, kalau rendah setakat 30 peratus, tak ada orang nak masuk.

Mana Dia Emas ?

Yang orang ini kata jual emas, mana dia emasnya ? Ada dalam kereta ker ? Tak sayang nyawa ker, simpan emas bernilai tinggi dalam kereta. Kalau jual lansung Zhulian itu pun cuma ada katalog saja, barang kat kedai atau stokis. Jadi, kalau emas tak ada, kenapa kita nak beli emas ?  Entah-entah, serah duit, emas tak dapat.

Beli Emas Tapi Simpan Pada Orang Itu

Mungkin juga, kita beli emas, dengan kasi duit pada orang itu tapi kita tak dapat emas. Katanya emas itu disimpan dalam bank orang itu. Kita cuma ada geran atau surat dan boleh tengok keuntungan pelaburan kita dalam internet.

Dulu Dah Banyak Penipuan Jualbeli Emas

Dulu dalam tahun 2002, sampai sekarang dah ada pelaburan emas ini. Lepas itu syarikat ini tutup dan ramai pelabur tertipu termasuk ustaz-ustaz yang jadi orang kuat dalam pelaburan ini dulu. Ada juga beberapa syarikat yang nampak macam halal rupanya sindiwara setelah jadi jutawan dengan cara menipu. Ada juga yang didakwa, tapi mereka dah kaya raya. Ataupun, yang kena dakwa ini adalah orang tengah saja, yang perancang utama hidup senang lenang.

Saya pun pernah diajak dulu, tapi satu sen pun saya tak percaya cara macam ini. Bila sendikit itu dah runtuh, ustaz itu pun dah taknak tegur saya sebab malu sangat dia. Pada saya tak apa, nak tegur tegurlah saya, tak tegur pun saya tak rugi apa-apa.

Sekarang Macam-macam Penipuan

Sekarang pelaburan emas ini dijenamakan semula, diadun dan diuli supaya rasanya enak sekali. Iaitu, cara akan diubah dan disesuaikan untuk taktik penipuan lebih bermutu tinggi. yang mula dicari dan ditangkap adalah ustaz-ustaz sebab ustaz ini orang lebih percaya sedangkan ustaz ini tak tahu yang mereka sebenarnya tertipu, Tipah tertipu lagiiii. Jangan kita kena tipu, saya cuma nak pesan, berhati-hati....

Tiada ulasan:

Arkib Blog

Catatan Popular