Rabu, 4 Januari 2012

KOS IJAZAH PERTAMA 4 TAHUN RM100,000

Sedarkah kita berapakah kadar inflasi Pendidikan Tinggi di Malaysia ? Maksud saya merujuk kepada pengajian tahap diploma dan ke atas.

Inflasi pada perkiraan Bank Negara berada pada tahap 3.5-4% setahun. Tetapi hakikat sebenarnya inflasi semasa berada dalam lingkungan 7-8%.

10 tahun dulu sepinggan nasi ayam hanya RM2.50, sekarang di warung biasa tepi jalan pun dah RM3.50-RM4.50.
Semasa saya belajar di UKM pada tahun 1991, kos Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Pentadbiran Perniagaan ) bagi tempoh pengajian 4 tahun  adalah sebanyak RM16,000.00.

Sekarang purata kos Ijazah Sarjana Muda (Sains, Sastera, Teknologi, Ekonomi, Senibina) di IPTA bagi 4 tahun adalah sekitar RM35,000-RM40,000 manakala di IPTS pula sekitar RM55,000 hingga RM70,000.00.

10 Tahun akan datang kos di IPTS bagi  Ijazah Sarjana Muda (Sains, Sastera, Teknologi, Ekonomi, Senibina) akan menjadi  RM165,000.00

Bermakna kos pendidikan tinggi negara meningkat lebih  100 % dalam tempoh 20 tahun. Ini tidak mengambil kira peningkatan kos yang berterusan seperti pakaian dan makanan, tempat tinggal dan pengangkutan.


FAKTANYA :

Hanya *3% dari pelajar lepasan menengah yang berjaya ke IPT Awam? Bagaimana dengan nasib baki 97% pelajar tersebut?







Fakta yang  diperoleh dari sebuah artikel KOMPAS (sumber dari Badan Pusat Statistik). Bahwa indeks inflasi pendidikan di berbagai negara Asia sejak thn 2000-2009 adalah sebagai berikut:
    1. Thailand = indeks thn 2000 [100] – thn 2009 [89] —> (menurun)
    2. Malaysia = indeks thn 2000 [100] – thn 2009 [117] —> (naik sedikit)
    3. Korea = indeks thn 2000 [100] – thn 2009 [155] —> (lumayan naik)
    4. Filipina = indeks thn 2000 [100] – thn 2009 [190] —> (naik)
    5. Indonesia = indeks thn 2000 [100] – thn 2009 [327] —> (naik sekali)

Pemberi pinjaman pula seperti Bank dan PTPTN mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan. Jika Pinjaman RM40,000 ,anda perlu bayar semula RM250/ sebulan.Bagaimanpula pinjaman RM165,000 ? Berapa anak anda harus bayar sebulan? RM500 ? RM700?


JADIKAN EMAS SEBAGAI SATU PORTFOLIO PELABURAN WAJIB.

Pada tahun 1992 Harga 1 gram emas 999.9 RM35

Kos pengajian Ijazah Pertama 4 tahun RM16,000
Nilai RM bersamaan emas 999.9 sebanyak 450g x RM35 = RM15,750.00.



Jika anda menyimpan 450g tersebut hingga sekarang, nilanya pada November 2011
RM190 x 450g =RM85,500.00

Kos pengajian Ijazah Pertama 2011 =RM40,000.00

Bermakna anda hanya perlu menjual 210g dan simpan lagi 240g.
Jual 210g x RM190 = RM39,900.00
Simpan 240 g x RM190 =RM45,600.00

Sepuluh tahun lagi tidak mustahil 1gram emas 999.9 akan berharga RM500/gram. Tak percaya? Adakah harga nasi ayam 10 tahun lagi boleh dibeli pada harga RM4.50?

Baki 240g x RM500 = RM120,000.00

Jika anda mula menyimpan 500g pada awal tahun 2011 pada harga RM155/gram nilainya pada tahun 2021 mungkin menjadi RM250,000.00

Emas terbukti kalis inflasi sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Harga seekor kambing pada zaman Nabi Muhammad S.A.W bersamaan 1 dinar emas . Seekor kambing dewasa sekarang ini berharga sekitar RM700 bergantung kepada baka kambing tersebut.

Bagaimanapun adalah penting kita menambah ilmu dalam apa jua portfolio pelaburan yang mahu kita laburkan. Saya tidaklah bermaksud anda kena keluarkan semua simpanan tunai dan tukar kepada pelaburan logam.



Selain bertanyakan  Pak Cik Google , Jom baca 2 buah buku di atas yang dikarang oleh penulis dan jutawan terkenal Robert T. Kiyosaki - "Guide to invest in Gold and Silver" dan Azizi Ali - "Get into Gold".

Peraturan pelaburan  " Don't put everything in single basket".


Tiada ulasan:

Catatan Popular