Khamis, 12 April 2012

FAEDAH AMALAN BERSEDEKAH 

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud " Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah s.w.t, sesiapa yang merasa berpada pada maka diberikan Allah s.w.t kelegaan kepadanya." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah S.w.t menegaskan harta disedekahkan bukan kerugian kepada pemiliknya kerana akan digantikan dengan yang lebih baik sebagaimana firmanNYA bermaksud " Dan apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, maka DIA pasti menggantikanya.Dan DIA- lah sebaik baik pemberi rezeki " (Surah Saba, Ayat 39)

Amalan bersedekah disifatkan sebagai penebus dosa dan ia adalah pintu kebajikan yang menghalang daripada api neraka.

Amalan ini bukan saja dapat menyucikan harta daripada bahagian yang ditetapkan dalam nisab dan haul zakat, malah dapat mendekatkan diri orang yang bersedekah dengan lebihan hartanya daripada sifat kedekut, bakhil, tamak, terlalu sayangkan harta dan merapatkan hubungan persaudaraan ummah secara umumnya. Sedekah ikhlas kerana Allah SWT akan mengalir manfaatnya secara berterusan dan membawa keberkatan selama hidupnya di dunia.

Orang yang suka bersedekah menunjukkan dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia adalah kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.

Keikhlasan niat bahawa amalan ini adalah kerana Allah s.w.t semata-mata, tidak berniat menunjuk-nunjuk kononnya kita adalah seorang yang pemurah.

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:268)

Sabda Rasulullah S.w.A bermaksud " sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturahim (Riwayat Bukhari)

Silaturahim bermaksud menyambungkan , mengeratkan tali persaudaraan dan kasih sayang serta menjaga keutuhannya. Ia adalah tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam

Mewujudkan silaturahim membawa erti yang luas iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa saja menerusi sifat saling membantu dan bertolak ansur.

Rasulullah amat tidak suka kepada mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda bermaksud "Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari".

Wajib seorang muslim mengajak saudaranya yang beselisih faham atau bertelagah ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.


Tiada ulasan:

Arkib Blog

Catatan Popular