Selasa, 28 September 2010

AWAS SKIM CEPAT KAYA DAN SKIM PELABURAN EMAS

Apa itu Skim Cepat Kaya ?


Skim Cepat Kaya merupakan satu skim dimana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dengan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan dan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Janji-janji faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi inilah yang mengakibatkan orang ramai tertarik untuk turut serta melabur di dalam skim yang dianjurkan. Tiada jaminan bahawa pihak penganjur boleh terus membayar pulangan yang tinggi. Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Tahukah anda sebenarnya para penganjur Skim Cepat Kaya ini tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ianya akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.

Di Malaysia, mereka yang menjalankan Skim Cepat Kaya melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. Mereka yang sabit dengan kesalahan dibawah akta tersebut boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali. Selain itu, dari segi agama islam, mereka yang memakan hasil Skim Cepat Kaya adalah memakan hasil yang haram.

Skim pelaburan emas menjanjikan pulangan tetap (faedah) setinggi 30% sebulan. Contohnya A melabur RM10,000 dan dijanjikan pulangan RM300 sebulan. Malangnya , A hanya menerima pulangan selama 3-4 bulan sahaja.....





artikal ini dari KOSMO 10/02/2010

Pelabur Skim Emas Kena Tipu Rugi RM25 Juta….

GEORGE TOWN -Keghairahan 60 pelabur untuk memdapatkan keuntungan segera dengan menyertai satu skim pelaburan emas yang dijalankan oleh sebuah syarikat lebur apabila kesemuanyamereka dperdaya dan mengalami kerugian kira-kira RM25 juta.

Modus operandi syrikat itu menjual jongkong emas seberat satu kilogram dengan harga di antara RM135,000 dan RM150,000.

Ketua jabatan siasatan jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, syarikat itu turut menawarkan dividen tigaperatus sebulan kepada pembeli sebelum di tawar menjualnya semula pada bulan ketiga.

Bagaimanapun katanya,apabila pembeli bersetuju menjual dan telah menyerahkan jongkong emas mereka, Wakil syarikat terbabit lesap bersama jongkong tersebuttanpa membuat bayaran.
“Siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM) dan BANK NEGARA.

“Setakat ini, 30 laporan diterima dan kita telah menahan tiga lelaki dan sedangmengesan 10 lagi individu bagi membantu siasatan,”ujarnya kepada pemberita semalam.

Tiada ulasan:

Arkib Blog

Catatan Popular