Selasa, 8 Mac 2011

NILAI WANG KERTAS TERUS MENYUSUT DALAM JANGKAMASA PANJANG

Zaman persekolahan saya awal 1980-an , pelajar membawa antara 20 sen hingga 30 sen ke sekolah. Cukup untuk membeli sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. Sekarang , sebungkus nasi lemak bersaiz yang sama berharga RM1.20.  Murid murid sekarang memerlukan RM2-3 sehari untuk berbelanja di kantin sekolah.






Graf menunjukkan nilai USD1 telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 hingga 2006. Bahkan , Mantan PM , Tun Dr Mahadhir menyatakan dollar Amerika seperti kertas tisu tandas jer.

Bandingkan graf kenaikan harga emas berbanding graf penurunan kuasa beli wang kertas.

Bagaimana hendak meyakini nilai wang yang dicetak tanpa disokong dengan nilai emas kerana dikatakan setiap auns emas bernilai USD35, sedangkan 1 auns emas hari ni dijual pada harga USD1,400.00

Emas bukan sahaja sukar diperolehi bahkah ianya tidak boleh dicipta. Jadi ianya tidak boleh dimanipulasikan. Berbeza dengan wang kertas atau fiat money, ianya boleh dicetak sesuka hati dan diberi nilai mengikut kehendak kerajaan yang mengeluarkan wang kertas itu.

Matawang hanyalah sehelai kertas yang diberi nilai tertentu tetapi tidak mewakili nilainya yang sebenar. Namun Emas dan perak boleh mewakili nilai sebenar kerana ia logam komoditi yang berharga dan diterima diseluruh dunia tanpa sempadan geografi, politik, sosial dan agama.

100 billion dollar di Zimbabwe hanya boleh membeli tiga biji telur sahaja!!




Bandingkan dengan EMAS.
Harga seekor kambing di zaman Rasulullah 1400H yang lalu ialah 1 Dinar (emas 916 seberat 4.25gram)  dan seekor kambing  masih dapat dibeli dengan hanya1 Dinar sahaja sekarang   Jadi boleh disimpulkan EMAS = INFLASI SIFAR. Emas juga tidak boleh dimanipulasi kerana nilainya stabil untuk seluruh dunia, berbanding matawang yang berbeza setiap negara.

Harga 1kg emas pada tahun 1996 hanyalah RM46,000. Boleh beli Proton Iswara secara tunai.


Harga 1kg emas 2012 boleh membeli sebuah Honda CRV .




Emas Kim-Thanh adalah antara emas yang dibawa pelarian Vietnam ketika  melarikan diri menggunakan bot sekitar 1970-an. Emas tersebut ditukar dangan wang tunai tempatan .  Takkanlah mereka nak mengangkut ayam, itek, kambing atau lembu naik bot kan...dan tentulah duit kertas vietnam pun tak laku masa tu.














Vietnamese Kim Thanh gold bullion "bars" or leaves
Fineness: .9999
Actual Gold Content: 1.205 troy ounce (37.5 grams)
(Typically, three leaves wrapped in oil-paper: two leaves at 15gr apiece and a third at 7.5gr)





Tiada ulasan:

Arkib Blog

Catatan Popular